Subsidi telur ayam gred A, B dan C dinaikkan dua sen

0
3

KOTA BHARU – Kadar subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C dinaikkan sebanyak dua sen sebiji berkuat kuasa serta-merta bagi meningkatkan pengeluaran bahan mentah tersebut sekali gus menampung permintaan para pengguna.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenaikan itu menjadikan kadar subsidi telur ayam diperingkat ladang dinaikkan daripada lapan sen kepada 10 sen sebiji supaya harga kawalan runcit kekal bagi telur gred berkenaan.

“Perkara ini (telah) dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya pada 25 Oktober dan ia telah dibawa kepada pengetahuan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,” katanya semasa sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, mengambil kira kepentingan nasional, adalah wajar kerajaan mempertimbangkan permohonan untuk menambah subsidi berkenaan.

Tambahnya, subsidi tambahan itu juga dijangka akan memberi manfaat kepada 338 ladang ayam penelur bagi memastikan bekalan telur di pasaran lebih konsisten dan stabil.

Kata Annuar lagi, untuk rekod sehingga Isnin jumlah subsidi RM1.13 bilion ringgit telah diluluskan dengan bilangan permohonan 13, 440 permohonan subsidi ayam dan telur ayam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here