Sultan Johor terima mengadap Perdana Menteri

0
14
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman baginda di sini.

Turut berangkat ke sesi menghadap itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, sesi menghadap itu diadakan bersempena lawatan Perdana Menteri ke Johor hari ini.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung kira-kira sejam.

Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, Ayer Hitam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here