Suspek utama insiden bom Dataran Taksim ditahan

0
48

ISTANBUL – Pihak berkuasa Turkiye menahan 46 orang individu kerana dipercayai terlibat dalam insiden pengeboman di Dataran Taksim, Istanbul awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan) itu, sebanyak lapan individu terbunuh manakala 81 lagi tercedera.

Suspek utama kejadian pengeboman di Dataran Tahrim, Istanbul semalam.

Menteri Dalam Negari Turkiye, Suleyman Soylu memberitahu antara yang ditahan termasuk seorang wanita yang dipercayai suspek utama yang meletakkan bahan letupan tersebut.

Wanita itu, Ahlam Albashir, dikenal pasti daripada rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan dia membawa sebuah beg yang kemudiannya ditinggalkan di sebuah pasu bunga.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melakukan serangan tersebut, namun pihak perisikan Turkiye percaya ia dilakukan militan sari sayap bersenjata Parti Pekerja Kurdistan (PKK), YPG.

“Siasatan awal mendapati, arahan serangan tersebut datangnya dari Ain al-Arab di utara Syria.

“Kami akan bertindak balas terhadap serangan ganas tersebut,” katanya lagi tanpa menjelaskan maksud tindak balas yang akan dilaksanakan.

Difahamkan, suspek wanita itu mengaku menerima latihan daripada militan Kurdis di Syria dan memasuki Turkiye menerusi sempadan negara itu dengan Syria di wilayah Afrin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here