Takiyuddin tak pernah diberi mandat berunding dengan BN – tegas Muhyiddin

0
85
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

“Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Takiyuddin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bergabung dengan BN bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

Beliau juga berkata, adalah mustahil parti itu untuk bergabung dengan PH walupun parti itu gagal mendapat sokongan yang mencukupi untuk menjadi kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here