Tuan Ibrahim sah calon MB Pahang – Muhyiddin

0
37

PAGOH – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal dilantik menjadi Menteri Besar Pahang sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah kempennya di Taman Pagoh Jaya, di sini malam tadi.

“Sekiranya kita berjaya menawan Pahang, Tuan Ibrahim akan dilantik menjadi Menteri Besar,” kata Muhyiddin.

Pada PRU15 nanti, Tuan Ibrahim akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka.

Selain calon PN, turut bertanding di DUN tersebut adalah Ho Fong Mee (Barisan Nasional), Rasid Muhamad (Pakatan Harapan) dan Aishaton Abu Bakar (Pejuang).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here