Tuduhan Dr Dzul satu fitnah dan tidak berasas -Tengku Zafrul 

0
15
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul .Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

KUALA SELANGOR – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membidas dakwaan penyandang ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang  kononya Menteri Kewangan tidak menurunkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sepanjang tahun 2020 dan 2021. 

Menurut Tengku Zafrul yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, kenyataan tersebut adalah fitnah dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Katanya, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM900,000 pada tahun 2021 dan disambung pada tahun 2022 dengan jumlah sebanyak RM800,000 kepada semua ahli Parlimen Pembangkang menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik. 

“Untuk makluman semua pada bulan Julai 2021 kementerian kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi bakul makanan di semua Parlimen termasuk pembangkang dibawah PEMULIH. 

“Pada Oktober 2021 pula RM600,000 telah disalurkan kepada pembangkang yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik termasuk Dr Dzul. 

“Ini bermakna RM900,000 telah disalurkan kepada Parlimen Kuala Selangor. Penyaluran peruntukan ini diteruskan pada tahun ini RM800,000 telah disalurkan pada Januari 2022 kepada semua ahli Parlimen pembangkang. 

“Jumlah ini adalah sama dengan jumlah yang diberikan kepada ahli Parlimen kerajaan,” tegasnya menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook milik beliau hari ini. 

Mengulas lanjut, Zafrul berkata, dakwaan tersebut dengan jelas adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan menekankan kepentingan berkempen secara bersih. 

“Jadi dengan jelas kononya menteri kewangan tidak menurunkan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang adalah fitnah dan tuduhan yang tidak berasas. 

“Sepanjang saya berkempen kita saya tekankan kita perlu berkempen secara bersih dengan menunjukkan kepada pengundi apa yang kita boleh bawa demi kesejahteraan penduduk Kuala Selangor,” katanya lagi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here