UMNO, BN tidak ketandusan bakat pemimpin – KJ

0
5
Menteri Kesihatan interim, Khairy Jamaluddin melawat pesakit pada Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya di Auditorium Hospital Cyberjaya di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

CYBERJAYA – Menyatakan hasrat menjadi perdana menteri bukanlah satu kesalahan, kerana ia adalah bayangan bahawa parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan bakat pemimpin.

Calon BN Parlimen Sungai Buluh, Khairy Jamaluddin berkata, jika diberi peluang pada masa akan datang, sudah tentu beliau mahu berkhidmat untuk rakyat dan negara.

“Saya cuma beri bayangan untuk berkhidmat demi negara dan rakyat. Jika diberi peluang saya juga ingin mengemudi kerajaan kita.

“Kita hendak tunjuk UMNO dan BN tidak ketandusan pemimpin yang boleh menerajui kerajaan suatu hari nanti,” kata Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya, di sini pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai impiannya yang mahu menjadi Perdana Menteri sehingga dilihat sebagai seorang bercita-cita tinggi.

Dalam kempen baru-baru ini, Khairy secara terbuka memberitahu mahu memimpin UMNO suatu hari nanti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar sama, Khairy yang ditanya mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, langkah itu wajar dan beliau juga telah membuat perkara sama selepas dilantik menteri Kabinet sebelum ini.

“Saya sebut dari awal yang mana isytihar harta penting. Saya tidak ada masalah isytihar harta. Ini amalan kita dari dulu. Saya sudah buat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka juga sudah menyenaraikan menteri lain juga.

“Saya pun tersenarai dalam julat harta yang sudah dipersetujui oleh SPRM mengikut pengisytiharan harta saya. PKR hendak buat tak apalah. Rakan dalam PKR (Pakatan Harapan) pun tidak buat.

“Masing-masing ada pendirian. Pendirian kami dibuat selepas dilantik pada jawatan kerajaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here