Ustaz Kazim tarik diri sebagai calon BN di Parlimen Larut, Mohd Shafiq diumum calon baharu

0
93

IPOH – Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim telah menarik diri daripada bertanding di kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mengumumkan calon baharu bagi kerusi Parlimen Larut hari ini.

Saarani mengumumkan nama Mohd Shafiq Fhadly Mahmud sebagai calon BN di kerusi berkenaan.

“Kerusi Parlimen Larut ada perubahan dan berbeza daripada yang diumumkan Presiden malam tadi.

“Pertukaran dibuat kerana Ustaz Kazim menarik diri pada saat akhir,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Semalam Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ustaz Kazim sebagai calon BN bagi berhadapan dengan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here