[VIDEO] Brainy Bunch akan ke Ghana, Bangladesh

0
6
brainy-bunch-building
Kampus Brainy Bunch di Cyberjaya, Selangor.

CYBERJAYA – Pusat pendidikan kanak-kanak Brainy Bunch terus mengorak langkah mengembangkan perniagaannya ke luar negara dengan membuka cawangan terbaharunya di dua buah negara pada tahun hadapan.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim, pihaknya sedang dalam persiapan untuk membuka cawangan di dua buah negara, Ghana dan Bangladesh.

Brainy Bunch bakal buka cawangan di Ghana

“Di Ghana, kita akan beroperasi di ibu negaranya iaitu Accra, dan pusat pendidikan itu dijangka dibuka selewat-lewatnya pada Jun depan,” katanya yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, hari ini.

Buat masa ini, tambah Coach Fadzil, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak rakan kongsi tempatan dalam melaksanakan persiapan akhir.

“Data menunjukkan, benua Afrika mempunyai peluang yang cukup besar untuk diterokai terutamanya dalam bidang pendidikan kanak-kanak.

“Ghana dipilih kerana negara tersebut mempunyai populasi Muslim yang besar, dan pada masa yang sama tidak mempunyai tempat pendidikan bertaraf antarabangsa buat kanak-kanak. Sebab itu kami memilih negara itu sebagai tenmpat kami memulakan operasi,” kata Coach Fadzil yang juga pegasas kepada Brainy Bunch.

Seterusnya, Coach Fadzil menjelaskan bahawa Brainy Bunch juga sedang dalam peringkat akhir untuk membuka sebuah pusat pendidikan di Bangladesh.

“Kita pada peringkat akhir pembukaan kampus baharu di Bangladesh.

“Namun, buat masa ini, kita masih belum menetapkan tempoh bila masa ia akan dibuka untuk operasi,” jelasnya.

Untuk rekod, selain Malaysia, Brainy Bunch turut beroperasi di Singapura, Brunei, Indonesia, dan Palestin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here