[VIDEO] Kumpulan Yahudi dan Kristian luar negara amat berharap pembangkang kuasai Malaysia – Muhyiddin

0
62

CYBERJAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kumpulan Yahudi dan Kristian di luar negara amat berharap supaya pembangkang berjaya menguasai Malaysia.

Muhyiddin membuat dakwaan itu ketika berucap pada majlis Ceramah Mega PN Best di Parit Jawa, Johor, kelmarin.

Dia adalah penceramah terakhir pada malam itu, selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Kumpulan Yahudi dan Kristian luar negara amat berharap pembangkang kuasai Malaysia

“Saya baca baru pagi tadi lepas Subuh, ada satu video, seolahnya kumpulan Yahudi, dia bercakap tentang Malaysia.

“Dalam kumpulan tu dan doa dia dan macam-macam cara nak mintak supaya Malaysia jatuh ke tangan pihak pembangkang yang menaja kumpulan Yahudi dan jugak Kristian.

“Bagi saya ini bahaya. Apakah bermakna akan berlaku proses Kristianasasi? Kita dah dengar cerita ini bukan?

“Di Kuala Lumpur dan di Petaling Jaya, kalau ada gereja hari Ahad, ada juga orang-orang Melayu pergi sana. Rupanya dah masuk Kristian.

“Itu saya tak pikir berkembang dengan pesat sebab sebahagian besar kita adalah orang Islam. Tetapi agenda puak-puak dan kaum-kaum seperti ini adalah niat mereka adalah untuk mengambil alih Malaysia satu daripada koloni dia.

“Itu adalah strategi jangka waktu panjang. Mungkin kita tidak lihat ini pada waktu ini tetapi mungkin tidak berapa lama lagi kalau kita tidak berhati-hati dan berjaga-jaga,” katanya.

Sementara itu, Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) telah menyatakan rasa “terkejut” terhadap dakwaan Muhyiddin itu.

Mereka juga menggesa pihak berkuasa supaya bertindak bagi mengelakkan kenyataan seperti itu berulang.

“Kenyataan ini bukan sahaja tidak benar tetapi tidak bertanggungjawab oleh seorang ahli politik sepertinya untuk membuat kenyataan sedemikian kepada orang ramai dan ditonton secara meluas di media sosial.

“Kita hidup dalam negara berbilang agama dan kaum dan sensitiviti setiap masyarakat perlu diambil kira ketika berucap di forum awam.

“Kenyataan sedemikian, yang dilafazkan secara sembarangan, mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan ketegangan dan persengketaan kaum dan agama,” kata setiausaha agung CCM, Jonathan Jesudas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here