Wakil GPS menghadap Seri Paduka hari ini

0
14

KUALA LUMPUR – Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilaporkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh satu sumber, sebentar tadi.

“Benar, wakil GPS akan menghadap Tuanku hari ini,” jelas sumber tersebut tanpa mengulas lanjut.

Terdahulu, sebuah portal media melaporkan, antara pemimpin yang akan menghadap Seri Paduka adalah Richard Riot dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Aaron Ago Dagang dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Fadillah Yusof dan Alexander Nanta Linggi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, GPS memenangi 23 kerusi Parlimen dengan PBB meraih 14 kerusi, disusuli PRS (5), SUPP (2) dan Parti Demokratik Progresif (3).

Sebelum ini, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg berkata bahawa mereka bersetuju untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku calon Perdana Menteri.

Namun, GPS dalam kenyataan terbaharu semalam berkata, gabungan itu menyerahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka untuk membuat keputusan mengenai calon yang sepatutnya dilantik menjadi Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here