Wan Ahmad Fayshal mohon maaf kepada ahli Pas

0
45
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

CYBERJAYA – Calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memohon maaf kepada semua ahli Pas susulan ciapan lamanya yang mengkritik parti itu di Twitter kembali tular baru-baru ini.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau sangat menyesali perkara itu, dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

“Pas sebagai wadah perjuangan Islam dalam PN telah membuktikan komitmen terhadap pemerintahan prihatin, bersih dan stabil di bawah prinsip amar makruf, nahi munkar,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayshal turut berikrar untuk terus bersama dengan PN dan Pas untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia, menurut tuntutan Islam.

“Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here