Wan Rosdy dilantik MB Pahang

0
50

CYBERJAYA – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diumumkan sebagai Menteri Besar Pahang, hari ini.

Pelantikan Wan Rosdy diumumkan oleh Pengelola Bijaya di-Raja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman dalam satu kenyataan, hari ini.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan menerima mengadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan PRU15 Dewan Negeri pahang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selanjutnya telah memperkenankan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu seterusnya memaklumkan, Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan akan diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang pada pukul 10 pagi esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here