Wilayah Persekutuan Labuan negeri paling bahagian, Selangor tercorot

0
52
Rina Mohd Harun berucap pada Program [email protected] dan Kick Off Bulan Keluarga Malaysia di Dewan Komuniti Putra Perdana di sini, hari ini

PUCHONG – Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan skor tertinggi indeks kebahagian iaitu sebanyak 9.29 mata sekaligus menjadi paling bahagia di Malaysia.

Sementera itu, Selangor menduduki tangga tercorot berbanding negeri-negeri lain dengan mata 5.74 berbanding kadar kebahagian kebangsaan iaitu 6 peratus.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, penilaian skor kebahagian itu diperolehi berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2021.

“Selangor menjadi negeri paling ‘tidak bahagia’ berdasarkan peratusan terendah dalam indeks-indeks utama kebahagian iaitu pendapatan dan isu ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Program [email protected] dan Kick Off Bulan Keluarga Malaysia di Dewan Komuniti Putra Perdana di sini, hari ini.

Rina berkata, program dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan bertemakan sempena Sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2022 itu dimulakan di Selangor dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain.

“Pelbagai acara diadakan sepanjang bulan November yang dipilih sebagai Bulan Keluarga di peringkat negeri dan daerah.

“Sebagai tindakan kepada indeks kebahagian di Selangor, kita hari ini memulakan [email protected] yang menyediakan pelbagai program pembangunan usahawan, peluang perniagaan, seminar dan sebagainya,” katanya.

Dalam program sama, beliau turut menyumbangkan 1,000 topi keledar kepada kanak-kanak sebagai kempen mengutamakan keselamatan dalam kalangan ahli keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here