Zahid Hamidi berjaya pertahan kerusi Bagan Datuk dengan majoriti tipis

0
39
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan memperoleh majoriti tipis iaitu sebanyak 348 undi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mendapat sebanyak 16,578 undi manakala calon PH, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memperoleh 16,230 undi diikuti Dr Muhammad Faiz Na’aman (PN) mendapat sebanyak 8,822 undi manakala calon Bebas, Tawfik Tun Dr Ismail memperoleh 226 undi.

Sebanyak 748 undi ditolak manakala peratus pengundian ialah 73.38 peratus.

Pada PRU14, Ahmad Zahid menang dengan majoriti 5,073 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here