3 beradik maut terkena renjatan elektrik di rumah

0
984
3 beradik maut terkena renjatan elektrik di Kg Morak, Tumpat

TUMPAT – Tiga beradik perempuan maut selepas terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Kampung Morak di sini, hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, ketiga-tiga mangsa yang berusia 20, 25 dan 27 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari tadi selepas salah seorang mangsa terpegang tiang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB).

“Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik wayar servis TNB yang melalui awning rumah, yang mana awning tersebut berdekatan tiang rumah.

“Mangsa memegang tiang tersebut semasa terkena renjatan elektrik dan terkena kepada dua lagi adik yang berada di hadapan rumah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here