51 dewasa, 30 kanak-kanak berdaftar di tapak perkhemahan – Wakil Father’s Organic Farm

0
81
GAMBAR IHSAN JBPM SELANGOR

CYBERJAYA – Sebanyak 51 dewasa dan 30 kanak-kanak mendaftarkan diri untuk bermalam di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm yang dilanda tanah runtuh, awal pagi tadi.

Laporan Bernama menyebut, perkara itu dimaklumkan wakil tapak perkhemahan itu yang dihanya dikenali sebagai Chang.

“Jumlah tersebut merupakan mereka yang mendaftarkan diri (untuk bermalam),” kata Chang.

Chang bagaimanapun memberitahu dia tidak mengetahui jika ada kanak-kanak berusia bawah empat tahun yang bermalam, kerana peraturan tapak itu hanya memerlukan kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun mendaftarkan diri.

Dia menambah, pengunjung tapak itu terdiri daripada keluarga dan tiada kumpulan pelajar sekolah dan universiti.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi, jumlah mangsa disahkan adalah seramai 94 orang dengan 61 mangsa disahkan selamat, 16 orang disahkan terbunuh manakala 17 mangsa lagi masih hilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here