Anak Najib Razak antara 10 exco Pahang

0
24

KUANTAN – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Nizar hari ini dilantik sebagai exco negeri Pahang hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya itu merupakan salah seorang daripada 10 wakil rakyat Pahang yang mengangkat sumpah sebagai exco

Selain itu, dua Adun Pakatan Harapan (PH) turut mengangkat sumpah di Istana Abu Bakar, Pekan, petang ini.

Mereka ialah Adun Teruntum yang juga wakil PKR, Sim Chon Siang, dan Adun Triang (DAP), Leong Yu Man.

Sim adalah Adun Teruntum untuk penggal ketiga manakala Yu Man yang juga anak pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah, pula dipilih sebagai Adun Triang sejak 2013.

Dalam pada itu, antara muka lama yang dikekalkan ialah Adun Benta, Mohd Soffi Abd Razak; Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau) dan Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar).

Muka baru BN yang disenaraikan dalam exco kerajaan Pahang pula ialah Adun Muadzam Shah, Razali Kassim; Mohd Johari Harun (Pelangai), Sabariah Saidan (Guai) dan Mohd Fadzli Mohamad Kamal (Dong).

Istiadat angkat sumpah berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar bermula jam 3.05 petang tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here