Anggota Kabinet kerajaan perpaduan selesai angkat sumpah

0
16

KUALA LUMPUR – Semua 27 anggota Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menjalani Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, sebentar tadi.

Istiadat tersebut dilangsungkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah.

Istiadat tersebut dimulakan dengan upacara mengangkat sumpah oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, diikuti oleh menteri-menteri lain.

Terdahulu, empat ahli jemaah Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi tadi.

Mereka ialah Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Kementerian Luar), dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar selaku Menteri Agama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here