Banjir di Terengganu semakin buruk

0
53
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat mangsa banjir di PPS di Terengganu hari ini.

KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Terengganu semaki buruk apabila jumlah mangsa terlibat meningkat kepada 39,698 mangsa membabitkan 10,987 keluarga setakat 10 malam ini.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 312 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan semua mangsa banjir di Terengganu, lapor Harian Metro.

Dalam pada itu, di Kelantan, 138 PPS masih beroperasi dengan 31,248 mangsa daripada 8977 keluarga.

Daripada jumlah itu, 11,168 daripadanya adalah kanak-kanak.

JKM turut melaporkan dua PPS di Perak dan Johor masih beroperasi dengan kurang 60 orang mangsa bagi setiap negeri.

Sebelum ini, JKM menutup sebuah PPS di Pahang menjadikan jumlah PPS masih beroperasi di sana membabitkan tiga PPS.

Pahang masih merekodkan 221 mangsa banjir daripada 62 keluarga di sekitar daerah Kuantan termasuk Kampung Sungai Ular, Cherating dan Chendor Baru.

Sebelum ini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang melaporkan empat PPS yang dibuka di negeri itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah, SK Sungai Karang, SK Sungai Ular dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here