Barisan Kabinet diumum lewat petang ini – Anwar

0
139
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ipoh bagi menghadiri program Kenduri Rakyat hari ini.

IPOH – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengumumkan barisan Kabinet baharu pada petang ini.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Masjid Muhammad Al Fateh di Tambun di sini bagi menghadiri Kenduri Rakyat.

“Saya beberapa kali berbincang dengan Yang Dipertuan Agong untuk pastikan barisan jemaah menteri dapat diatur segera.

“Yang layak ratusan tapi yang dipilih terbatas. Kita tak nak terlalu ramai menteri dan duta bertaraf menteri kerana kita nak jimat wang dan dana untuk pulangkan kepada rakyat.

“Sebab itu saya ambil keputusan sembah pada Tuanku dan akan umum lewat petang ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here