BN berjaya pertahankan DUN Tioman dengan majoriti tipis

0
9
Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti tipis 573 undi.

TIOMAN – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang diadakan hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tioman, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek, mengumumkan kira-kira jam 9.20 malam tadi mengenai kemenangan Johari yang mendapat 8,080 undi pada pertembungan lima penjuru berkenaan.

Calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim mendapati 7,507 undi.

Kemenangan dengan majoriti tipis 573 undi itu menyaksikan BN kini menguasai jumlah kerusi DUN yang sama dengan PN, iaitu 17, manakala Pakatan Harapan (PH) dengan lapan kerusi dimenanginya pada PRU15, 19 November lalu.

Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Osman A Bakar pula memperoleh 79 undi, manakala calon Bebas, Sulaiman Bakar sekadar meraih 58 undi. Undi rosak pula sebanyak 91 undi dengan peratusan keluar mengundi 58.39 peratus.

Pilihan raya DUN Tioman yang membabitkan 28,108 pengundi, dilaksanakan secara berasingan daripada PRU15 pada 19 November lalu berikutan kematian seorang calon yang bertanding di kerusi itu sebelum hari mengundi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here