Ciapan Twitter iktiraf UEC bukan dari PM

0
5
Tangkap layar sebaran mengenai usaha pengiktirafan UEC oleh Perdana Menteri yang dipalsukan.

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan ciapan Twitter yang menggunakan akaun ‘Anwar Ibrahim’ dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

JPM dalam hantaran di Facebook menjelaskan bahawa akaun Twitter berkenaan bukan milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“JPM ingin merujuk kepada posting yang tular di media sosial khususnya di Twitter bertajuk ‘Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) akan dibincangkan di peringkat kementerian dan usul ini akan diluluskan oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya.

JPM pada masa sama turut berkongsi beberapa akaun media sosial rasmi yang digunakan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai rujukan kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan maklumat yang tidak betul.

Beberapa hari lalu, Dong Zong memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional susulan perkara sama turut dibangkitkan ketika PH memerintah negara sebelum ini.

Bagaimanapun tindakan itu mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here