Dua lagi mayat mangsa dikeluarkan, tinggal lagi 10

0
24
Norazam Khamis (kiri) bersama Suffian Abdullah dan Yang Dipertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd pada sidang media petang ini.

KUALA KUBU BHARU – Dua lagi mayat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berjaya dikeluarkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis
berkata, operasi SAR yang masuk hari kedua hari ini berjaya menemui dua lagi mangsa pada pukul 1.05 petang.

“Mangsa adalah seorang wanita dewasa berusia dalam lingkungan usia 30 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Berdasarkan lokasi kedua-dua mangsa yang ditemui berhampiran
kami percaya mereka adalah pasangan ibu dan anak.

“Mangsa ditemui di lereng bawah Sektor A iaitu Hill View di tepi kolam air pada kedalaman kira-kira tiga kaki,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah di lokasi SAR hari ini.

Menurut Norazam, berdasarkan penemuan itu, SAR akan menumpukan pencarian di bahagian tepi dan depan sektor yang sama.

Selain itu katanya, SAR di sektor B iaitu Farm View juga diteruskan berdasarkan penemuan mangsa semalam.

“Kita baharu sahaja menerima sebuah lagi jentolak (keempat) yang diharap akan mempercepatkan pencarian.

“Setakat ini operasi SAR telah merangkumi 40 peratus daripada kawasan tapak bencana,” katanya.

Sementara itu, Suffian berkata, polis telah memanggil pihak pengurusan tapak perkhemahan berkenaan untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian awal pagi semalam, 94 dilaporkan berada di tapak perkhemahan di bawah lereng bukit yang runtuh akibat hakisan.

Operasi SAR yang dihentikan malam tadi akibat hujan lebat berjaya menemukan 21 mangsa maut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here