Empat lagi mangsa tanah runtuh Batang Kali ditemui pagi ini

0
40
Operasi SAR di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali pagi ini. Foto- JBPM

BATANG KALI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali berjaya menemukan empat lagi mangsa pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, penemuan mayat mangsa pada jam 11.04 pagi adalah hasil tumpuan pencarian di Sektor Riverside (C).

“Kemaskini sehingga jam 11.04 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali – Genting Highlands telah berjaya menemui 4 orang mayat mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, seorang wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa di Sektor C iaitu di sekitar kawasan River Side.

“Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 30 orang,” menurut kenyataan itu.

Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa maut dalam kejadian pada awal pagi Jumaat lalu kini mencecah 30 orang dengan 3 lagi mangsa dipercayai masih tertimbus.

Daripada jumlah itu, enam mangsa adalah lelaki dewasa, 14 wanita dewasa, 6 kanak-kanak lelaki dan 4 kanak-kanak perempuan.

“Operasi SAR ini yang telah masuk hari ke-7 akan diteruskan lagi bagi mencari baki 3 lagi mangsa yang masih belum dijumpai,” kata JBPM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here