Hui Ying akan bantu Menteri Pendidikan tingkatkan kualiti pendidikan negara

0
10

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying memulakan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, hari ini.

Ketibaan Hui Ying di kementerian pada kira-kira pukul 8.25 pagi disambut oleh Ketua Setiausaha, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Beliau kemudiannya turut menyambut ketibaan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang tiba kemudian pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

Hui Ying berkata, beliau amat berbesar hati diberi peluang berkhidmat dan akan membantu menterinya meningkatkan tahap pendidikan negara.

“Sudah tentu saya akan memberikan yang terbaik dan membantu menteri saya dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara kita,” kata Hui Ying.

Hui Ying yang juga adik kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, bagaimanapun enggan mengulas bila ditanya mengenai sijil UEC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here