Isu dana RM600 : SPRM buka kertas siasatan

0
12
Bangunan Ibu Pejabat SPRM ketika tinjauan Lensa Malakat Tribune di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan beberapa pihak berkaitan penyelewengan dana kecemasan negara berjumlah RM600 bilion.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional dari semua sudut berkaitan isu tersebut.

“Mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat, bukti atau dokumen yang berkaitan diminta untuk tampil ke pejabat SPRM terdekat untuk menyerahkan maklumat tersebut.

“Sekiranya perlu, SPRM juga boleh menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen tersebut,” katanya.

Dakwaan penggunaan dana melebihi RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 itu pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan penyelewengan wang berkenaan yang mengaitkan
Pengerusi Perikatan, Tan Sri muhyiddin Yassin.

Menurut Anwar, Kementerian Kewangan telah memaklumkan beberapa pelanggaran melibatkan isu itu.

Muhyiddin dalam kenyataan semalam berkata, beliau sanggup disiasat dan akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here