Jangan buat pembelian panik, bekalan makanan mencukupi

0
8
Mohd. Zawawi (bersongkok) bersama pegawai KPDN negeri ketika melakukan tinjauan pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022 di sebuah pasar raya di Cyberjaya, hari ini.

CYBERJAYA – Pengguna disarankan supaya tidak melaksanakan pembelian panik kerana ia boleh memberikan kesan pada bekalan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, barangan makanan seperti telur ayam, ayam mentah dan bahan-lain adalah mencukupi dan boleh didapati di pasaran buat masa ini.

“Pengguna disarankan membuat pembelian secara terancang dan tidak mencipta suasana pembelian panik yang boleh memberi kesan kepada bekalan.

“Tidak dinafikan terdapat beberapa tempat mengalami kekurangan bekalan, namun kita akan pastikan supaya pembekal dapat menyediakan bekalan secepat mungkin,” kata Mohd Zawawi, hari ini

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022, di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey; dan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Mohd. Khairi Jamaludin.

Bagi skim kali ini yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 27 Dis nanti, enam barangan diwartakan sebagai barang kawalan dengan harga maksimumnya ditetapkan, iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import, lobak merah dan ubi kentang import (China).

Jelas Mohd, Zawawi, skim ini secara langsung dapat meringankan beban pengguna dalam tempoh perayaan ini sambil berharap supaya para peniaga dapat memberi kerjasama mematuhi arahan serta beretika dalam menguruskan perniagaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here