Jasad mangsa ke-26 dituntut waris

0
10

SUNGAI BULOH – Jasad mangsa ke-26 yang ditemukan di di Father’s Organic Farm, Batang Kali-Genting Highlands malam kelmarin, sudah dituntut oleh waris, pagi tadi.

Kenderaan yang membawa mangsa berkenaan dilihat keluar dari pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, pada kira-kira pukul 8.33 pagi.

Difahamkan, jasad kanak-kanak perempuan itu akan dibawa bersama tiga ahli keluarganya yang turut maut dalam tragedi tersebut, ke Melaka.

Bagaimanapun, pihak media tidak menerima maklumat lebih terperinci berkenaan perkara itu.

Laporan terdahulu menyebut mangsa terbabit ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira pukul 11.20 malam semalam.

Setakat ini, mangsa yang hilang berbaki tujuh orang manakala 26 orang terkorban dalam tragedi tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here