Jenazah mangsa tanah runtuh, Nurul Azwani dikebumikan malam ini di Gombak

0
200
Keluarga Allahyarham berkumpul di Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman.

KUALA LUMPUR – Jenazah salah seorang mangsa tragedi tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Fathers’s Organic Faram, Batang Kali, Hulu Selangor, Nurul Azmani Kamarulzaman, 31, akan dikebumikan malam ini.

Ibunya, Siti Esah Hassan berkata, Nurul Azwani akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Selaseh di Gombak.

“Kali terakhir kami melihatnya adalah pada hari Rabu sebelum dia berlepas ke perkhemahan,” katanya memetik laporan The Star.

Kira-kira 20 ahli keluarga Allahyarham menunggu selama beberapa jam di Jabatan Forensik hospital itu ketika mereka menjalani proses pengecaman untuk menuntut mayatnya.

Difahamkan Nurul Azwani bekerja di kantin SJKC Mun Choong dan menyertai sekumpulan guru sekolah yang pergi berkhemah di lokasi itu yang mana tanah runtuh melanda awal pagi Jumaat.

Sehingga pukul 8 malam Sabtu, angka kematian berjumlah 24 orang dengan sembilan mangsa masih belum ditemui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here