Kapal korvet Thailand karam dilanda ribut

0
27

BANGKOK – Sebuah kapal Tentera Laut Diraja Thailand, HTMS Sukothai dilaporkan karam akibat dibadai ribut di Teluk Thailand, awal pagi tadi.

Kenyataan tentera menyebut, kapal dari kelas Ratanakosin itu karam setelah dilanda ombak kuat, yang menyebabkan air laut memasuki bahagian enjinnya.

“Kerosakan pada sistem elektrikal telah menganggu enjin kapal daripada berfungsi dengan baik.

“Badaian ombak yang seterusnya menyebabkan air semakin banyak memasuki ruang kapal menyebabkan ia semakin menyendeng lalu karam,” kata laporan media tempatan yang memetik sumber tentera.

Kesemua anak kapal berjaya diselamatkan oleh pasukan bantuan yang tiba di tempat kejadian.

HTMS Sukothai yang memasuki perkhidmatan pada tahun 1987, merupakan salah sebuah daripada tujuh buah korvet yang berada dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Thailand.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here