Kebebasan bersuara akan dipertahankan, namun perlu berlandaskan undang-undang – Fahmi

0
5
FAHMI

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan beliau akan tetap mempertahankan kebebasan bersuara namun ia perlu berlandaskan undang-undang.

Fahmi berkata, alasan kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sehingga ke tahap menyebarkan fitnah dan mengeluarkan tohmahan tidak berasas.

“Rakyat jangan salah faham, memang kita akan mempertahankan hak bersuara, tetapi jangan sampai mengeluarkan fitnah atau tohmahan yang tak berasas.

“Biarlah perkara yang kita sebutkan berasas serta boleh kita pertahankan, termasuk mempertahankannya di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar sejurus mengadakan kunjungan rasmi ke Angkasapuri, di sini hari ini.

Beliau kemudiannya berkata, wujud penetapan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam pengurusan hak kebebasan bersuara.

Katanya, selaku menteri bertanggungjawab beliau akan terus mempertahankan hak bersuara, namun perlu dibatasi peruntukan undang-undang termasuk Kanun Keseksaan mahupun Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Ini bermasuk sekiranya sesuatu yang dikeluarkan melepasi batasan, maka wujudnya tindakan undang-undang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here