Kempen PRN bermula Januari 2023 – Rafizi

0
25
Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli .

KUALA LUMPUR –  Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mengumumkan akan mula berkempan pada bulan Januari 2023 bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri. 

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook berkata, kempen berkenaan tidak akan melibatkan wang dan masa kerajaan. 

“Kita akan berkempen seperti sebelum membentuk kerajaan atas platform PKR dan @ayuhMYmovement tanpa penglibatan satu sen duit dan masa kerajaan.

“Jadi kepada kawan-kawan yang risau di luar, Insya-Allah kami ada perancangan yang disusun untuk berdepan dengan lawan politik.

“Masa yang dibayar gaji oleh rakyat adalah tanggungjawab negara dan tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja politik,” katanya dalam kenyataan itu. 

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, beliau sedar perang media sosial antara Perikatan Nasional (PN) dengan kerajaan sedang berlaku, namun katanya, tanggungjawab utama kerajaan adalah membaiki kehidupan rakyat.

“Masa waktu yang dibayar gaji oleh rakyat, saya akan tumpu kerja sebagai menteri. 

“Keutamaan sekarang adalah melaraskan dasar-dasar dan pelaksanaan projek supaya memberi impak paling besar kepada rakyat dalam persediaan kita menghadapi cabaran ekonomi 2023 yang dijangka lebih menguji kekuatan dan daya tahan ekonomi negara.

“Diluar waktu kerja, saya akan berdepan dengan PN/Pas. Saya akan menjawab isu-isu yang mereka mainkan dan juga akan selaraskan supaya aktivis dan pimpinan Kerajaan Perpaduan turut sama memantau prestasi mereka sebagai pembangkang,” ujarnya lagi. 

Kini, enam negeri belum mengadakan PRN iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 

Hanya tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Perak menyaksikan pembubaran DUN, dengan kerajaan negeri juga sudah pun dibentuk ketika ini, masing-masing diterajui Barisan Nasional (BN) iaitu di Pahang dan Perak serta PN, di Perlis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here