Kosovo mohon sertai EU

0
5
PM Kosovo, Albin Kurti

PRAGUE – Kosovo secara rasminya memohon menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Permohonan tersebut dikemukakan oleh Perdana Menteri Kosovo, Albin Kurti kepada Menteri Repuplik Czech berkaitan Hal Ehwal Eropah, Mikulas Bek, di sini pada Khamis, kata portal CGTN.

Kosovo mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia pada tahun 2008, namun negara itu menolak pengisytiharan tersebut dan masih menganggap Kosovo sebagai sebahagian wilayahnya.

Pada Isnin, Serbia menyeru anggota EU supaya tidak mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan tersebut sekaligus menghalang penyertaan Kosovo sebagai anggota kesatuan tersebut.

Terdahulu, Presiden Serbia, Aleksandar Vucic dipetik sebagai berkata, permohonan Kosovo menyertai EU melanggar Perjanjian Washington.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here