Laksana naik taraf sistem, LHDN hentikan sementara beberapa saluran bayaran

0
170

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan pihaknya sedang dalam proses menaik taraf sistem dalaman yang dijangka selesai sepenuhnya pada 1 Januari 2023.

Proses naik taraf sistem itu adalah satu usaha bagi meningkatkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, kata LHDN dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beberapa saluran bayaran akan ditutup untuk sementara waktu bagi memastikan kelancaran proses naik taraf tersebut.

“Untuk makluman, tarikh akhir membuat bayaran menerusi FPX-ByrHASiL dan sistem e-TT adalah pada 28 Disember.

“Bagi bayaran di kaunter dan Terminal Kad Kredit/Debit di Kaunter Pusat Bayaran LHDN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pula, tarikh akhir membuat bayaran adalah pada 30 Disember mengikut masa operasi kaunter semasa,” kata LHDN dalam kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, tambah LHDN, bayaran yang dibuat di bank komersil yang dilantik LHDN dan di kaunter Pos Malaysia bagaimanapun tidak terjejas dan boleh dilaksanakan seperti biasa.

“Perkhidmatan FPX-ByrHASiL yang ditutup sementara akan mula dibuka semula pada 1 Januari 2023, manakala bayaran menggunakan Nombor VA melalui janaan di Sistem e-TT hanya boleh dibuat bermula 3 Januari 2023 pukul 8.00 pagi,” katanya lagi.

Pelanggan LHDN boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi portal LHDN, atau berhubung dengan Live Chat LHDN, borang maklum balas di portal rasmi LHDN atau membuat panggilan ke LHDN Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here