Lebih 20 guru SJKC Mun Choong antara mangsa runtuhan tanah di tapak perkhemahan

0
501

HULU SELANGOR – Lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Choong, U Chin Ong berkata, beliau dimaklumkan tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side, Jalan Genting-Batang Kali selamat bagi tujuan rekreasi.

“Saya dimaklumkan tapak perkhemahan ini berada di kawasan tanah rata yang sering menjadi lokasi orang ramai berkhemah,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Hulu Yam Bharu, hari ini.

Katanya, sekitar 20 guru sekolahnya bersama keluarga mereka berkhemah di situ sejak tiga hari lalu dan sepatutnya pulang pada 10 pagi hari ini.

“Saya dimaklumkan kejadian berlaku pada (kira-kira) pukul 2 pagi selepas salah seorang mangsa terdengar bunyi kuat runtuhan. Tanah runtuh itu berlaku bertentangan dengan tapak perkhemahan mereka,” katanya.

Chin Ong berkata, beberapa rombongan sekolahnya diselamatkan oleh pengunjung lain dari kem di sekitar lokasi kejadian.

Sementara itu, Penghulu Mukim Hulu Yam, Muhammad Nabil Salehat, berkata kejadian tanah runtuh seteruk ini kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.

“Kali terakhir tanah runtuh (gelongsoran) berlaku di Serendah pada 2016 namun tidak seteruk ini,” katanya.

Nabil berkata, pihaknya tidak menjangkakan tanah runtuh berlaku kerana lebih khuatir kejadian banjir.

“Apa yang kami khuatir ialah banjir kilat, tak terfikir soal tanah runtuh,” katanya memaklumkan kawasan itu sering berlaku banjir kilat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here