Lima mangsa terselamat dalam satu kemalangan babitkan empat kenderaan 

0
42
Lokasi kemalangan membabitkkan empat buah kenderaan di Gelang Patah Sentral Jalan Pontian, pagi tadi. 

JOHOR BAHRU – Lima mangsa terselamat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkkan empat buah kenderaan di Gelang Patah Sentral Jalan Pontian, pagi tadi. 

Menurut Pegawai Ketua Operasi Bomba, Ishak Noh, kesemua mangsa telah keluar dengan sendiri sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori treler, sebuah lori lima tan, pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah kereta sedan jenis Toyota Camry. 

“Pasukan penyelamat  bertindak membuat pemantauan bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal. Setelah memastikan keadaan selamat dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) balik ke balai,” katanya dalam satu kenyataan. 

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada  jam 11.39 pagi sebelum sembilan anggota bergegas dengan satu jentera LFRT dan satu jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri ke lokasi kemalangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here