Mangsa ke 26 disahkan sebagai Uncle Eric

0
25
Wong Chai Chong bersama anjing peliharaannya.

BATANG KALI – Polis hari ini mengesahkan mangsa ke 26 tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya semalam sebagai ‘Uncle Eric’ seperti yang tular di media sosial sejak malam tadi.

Eric atau nama sebenarnya Wong Chai Chong ditemui semalam dalam keadaan berpelukan dengan salah seekor daripada tiga anjing miliknya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam sidang media di lokasi kejadian hari ini.

“Waris yang hadir pada Isnin lalu di lokasi kejadian memang isteri dan anaknya. Jasad mangsa telah dituntut oleh keluarga mereka di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Gambar-gambar Eric bersama tiga ekor anjing miliknya tular malam tadi selepas operasi SAR semalam menemukan seorang lelaki dewasa bersama dua ekor anjing di Sektor Farmview (B).

‘Keakraban’ Eric dengan haiwan peliharaannya menyentuh hati nitizen yang memuji kesetiaan anjing kepada tuannya yang sama-sama terkorban dalam tragedi itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here