Maybank nafi kebocoran data pelanggan

0
4
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini menafikan dakwaan pihak ketiga mengenai kebocoran data pelanggannya yang disiarkan dalam sebuah laman web.

Dalam satu kenyataan, Maybank memberi jaminan bahawa semua data dan maklumat pelanggannya kekal selamat dan tiada sebarang kebocoran berlaku seperti yang disebarkan.

“Kami akan sentiasa dan terus memberi keutamaan kepada keselamatan siber dan mengambil langkah-langkah perlindungan data kerana ia amat penting dan tidak pernah dikompromi.

“Mengenai dakwaan kebocoran data, kami telah melakukan siasatan dalaman dan kami mengesahkan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali,” kata Maybank dalam ciapan Twitternya hari ini.

Dalam satu perkongsian di Facebook, sebuah laman web telah menyenaraikan butiran 1.8 juta pelanggan Maybank, 3.5 juta pelanggan Astro dan 7.2 pengundi yang dikatakan telah dibocorkan kepada pihak ketiga.

Maklumat bocor itu didakwa melibatkan ID log masuk, nama penuh, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here