Menteri Agama beri jaminan akan terus perjuang RUU 355

0
37
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar dalam satu sidang media selepas merasmikan Jualan Rakyat Penjawat Awam di Kompleks Islam di sini, hari ini. 

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar menegaskan akan terus memperkukuhkan lagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan) 2016 atau RUU 355 selagi ia memberi manfaat kepada umat Islam.

Menurut beliau, apa sahaja dasar yang diperjuangkan sewaktu kerajaan terdahulu yang memberi manfaat kepada umat Islam akan terus disambung perlaksanaanya. 

“RUU 355 itu adalah sebahagian daripasa usaha memartabatkan Islam. Memartabatkan Islam itu maknanya memartabatkan secara keseluruhannya. RUU 35 adalah untuk mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

“Saya hendak tekankan di sini bahawa apa sahaja dasar sebelum ini yang banyak beri manfaat kepada agama Islam serta rakyat akan terus kita pertahan dan diteruskan,”tegasnya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Jualan Rakyat Penjawat Awam anjuran Yayasan Islamiah Malaysia (Yadim) di Kompleks Islam di sini, hari ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar memeriksa barang Jualan Rakyat Penjawat Awam di Kompleks Islam di sini, hari ini. 

Selain itu, Mohd. Na’im yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia berkata, beliau akan memperhalusi RUU 355 menerusi perbincangan yang teliti dalam Kabinet kerana sebarang keputusan dibuat secara kolektif.

Ditanya mengenai perkembangan semasa sejak dilantik menjadi menteri pada minggu lalu, beliau berkata, perjumpaan dengan sultan-sultan telah dilakukan pada pagi tadi. 

“Usaha saya adalah untuk berjumpa dengan sultan-sultan di setiap negeri dan alhamdullilah saya sudah berjumpa dengan Sultan Selangor dan Sultan Perak pada pagi tadi. 

“Dalam masa yang sama juga saya akan mendengar taklimat daripada ketua agensi untuk saya benar-benar memahami cuma mungkin kurang sedikit kerana sebelum ini saya adalah penjawat awam. Cuma sebelum membuat keputusan saya akan fahamkan terlebih dahulu,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here