Muhyiddin juga akan melantik Ahmad Zahid TPM jika berada di tempat Anwar – Mukhriz

0
20
Mukhriz Mahathir – Foto MT/FaridJanudin

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) juga akan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya parti itu berpeluang membentuk gabungan dengan Barisan Nasional (BN), kata Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Muhkhriz berkata, walaupun mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat negara ini, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Zahid akan dilakukan oleh sesiapa sahaja (pemimpin) untuk berkuasa, termasuk oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Walaupun saya tidak setuju dengan pelantikan Ahmad Zahidi sebagai TPM, saya yakin Muhyiddin akan melakukan perkara yang sama sekiranya BN memihak kepada beliau dan PN. Bagitulah kuasa ahli politik,” katanya di Twitter hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan tindakan Anwar melantik Ahmad Zahid sebagai TPM sebagai mengadai maruah Pakatan Harapan.

Muhyiddin dalam kenyataannya semalam berkata, pelantikan Ahmad Zahid adalah perkara yang paling mengecewakan dalam sejarah politik Malaysia kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu masih berdepan dengan 47 kes jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Perdana Menteri pada Jumaat lalu mengumumkan barisan kabinet baharu kerajaan perpaduan yang diketuainya sebagai Menteri Kewangan dan Ahmad Zahid sebagai timbalan Perdana Menteri juga selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Selain lantikan Ahmad Zahid, Anwar juga melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Anwar dalam ceramahnya sebelum ini berkata dia tidak akan melantik Tengku Zafrul sebagai menteri sekiranya dia menjadi Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here