Operasi mencari mangsa terakhir tanah runtuh Batang Kali diteruskan pagi ini

0
17
Operasi SAR di tapak tanah runtuh Batang Kali di sini.

BATANG KALI – Operasi mencari dan menyelamat mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya di sini diteruskan pada 8 pagi ini.

Operasi yang masuk hari ke lapan hari ini dibantu oleh enam ekor anjing pengesan (K9) tertumpu di Sektor Riverside (C) dan anggota SAR dari pelbagai agensi.

Semalam, sebanyak empat mangsa iaitu dua lelaki dewasa lelaki dan perempuan dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan ditemukan pada kedalaman tujuh meter di sektor yang sama.

Kesemua mangsa ditemui dalam satu bungkusan khemah di kedalaman tujuh meter.

Polis semalam mengesahkan semula jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam insiden itu seramai 92 orang bukan 94 seperti dilaporkan sebelum ini.

Jumlah terbaharu itu diperoleh setelah perkiraan dan semakan semula dibuat beberapa kali berdasarkan maklumat dan laporan diterima dari pelbagai pihak termasuk ahli keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here