Operasi SAR dibantu alat berteknologi radar, pertama kali digunakan

0
18
Alat pengesanan berteknologi radar yang digunakan dalam operasi SAR di lokasi tragedi tanah runtuh Batang Kali.

KUALA KUBU BHARU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR)mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali yang masuk hari ketiga hari ini dibantu alat pengesanan berteknologi radar yang pertama kali digunakan di negara ini.

Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, penggunaan radar penembusan tanah (GPR) diharap akan mempercepatkan operasi mengesan mangsa yang masih tertimbus dalam tanah.

“Penggunaan alat yang dibekalkan oleh pihak swasta ini adalah yang pertama seumpamanya digunakan dalam operasi SAR dalam negara.

“Selain bantuan unit anjing pengesan (K9), kita bawakan dua alat Ground Penetrating Radar untuk digunakan di dua bahagian lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat kawalan tragedi dekat Jalan Gohtong-Batang Kali di sini hari ini.

Menurut kenyataan Nadma di Facebook, kedua-dua alat mudah alih itu diterima daripada JUPEM dan Syarikat Geoventure Solution.

“GPR berkenaan mudah digunakan oleh pasukan penyelamat kerana ia merupakan alat mudah alih yang mudah untuk digerakkan,”katanya.

Katanya, peralatan berkenaan telah digunakan oleh negara-negara jiran bagi membantu dalam operasi SAR.

Operasi SAR setakat ini telah menemukan 24 mangsa manakala 9 lagi masih dipercayai tertimbus dalam runtuhan lereng bukit pada awal pagi Jumaat lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here