Pelantikan Jemaah Menteri berlandaskan persetujuan parti – Fahmi

0
13
FAHMI

CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil membidas kenyataan yang dibuat Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil sambil menegaskan pelantikan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan dibuat melibatkan persetujuan parti atau gabungan masing-masing .

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi Digital yang baharu dilantik berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui sebuah kerajaan perpaduan yang memerlukan persetujuan bersama melibatkan keputusan-keputusan penting.

“Mungkin Muhyiddin lupa, tetapi ini bukanlah kerajaan PH di mana perdana menteri boleh melantik sesiapa yang dia ingini.

“Dasar atau keputusan penting akan dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan Jemaah Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya, hari ini.

Fahmi berkata, keputusan itu penting bagi mengelak kesilapan pelantikan Jemaah Menteri yang tidak mengikut ketetapan parti yang terlibat seperti tiga pentadbiran bekas perdana menteri terdahulu.

“Pada ketika itu, kita saksikan kelompok-kelompok kartel dalam parti ‘dipersenjatakan’ lalu mewujudkan keadaan ‘parti dalam parti’ yang akhirnya merosakkan kestabilan politik dalaman parti.

“Maka berbeza dengan tiga pentadbiran sebelum ini, dan menginsafi apa yang pernah terjadi, maka perdana menteri dan ketua parti dan gabungan di dalam kerajaan perpaduan ini telah bersetuju bahawa senarai calon Jemaah Menteri akan ditentukan parti atau gabungan masing-masing,” katanya lagi.

Fahmi pada masa yang sama turut menjelaskan komitmen perdana menteri bahawa kerajaannya tidak akan mencampuri urusan kehakiman dalam mana-mana kes.

Beliau pada masa yang sama turut mengingatkan Muhyiddin supaya berhenti melakukan serangan yang boleh mengelirukan rakyat.

“Penting untuk kita ingat bahawa Tan Sri Muhyiddin sendiri punyai banyak isu yang mungkin perlu diteliti dan ditelusuri kelak, termasuk isu 1BestariNet dan isu dana RM500 bilion yang dikatakan dibelanjakan sewaktu tempoh pandemik,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here