Pengendali tapak perkhemahan jalankan operasi secara haram – Kor Ming

0
37

HULU SELANGOR – Pengendali tapak perkhemahan Father’s Organic Farm didapati beroperasi secara haram tanpa mendapat permit dari pihak berkuasa.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, operator berkenaan hanya dibenarkan mengendalikan operasi ladang organik sahaja.

“Mengikut laporan yang saya terima, kawasan perkhemahan ini diusahakan tanpa lesen sah dan pengusaha tidak mendapatkan lesen kebenaran untuk tapak perkhemahan ini.

“Semakan juga mendapati tidak ada lesen diberikan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan ini satu kesalahan di bawah Akta 133,” katanya kepada pemberita di lokasi di kejadian, hari ini.

Tambah beliau, sekiranya disabit kesalahan, pengendali tersebut boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda tidak melebihi 50,000.

“Saya boleh mengesahkan sekarang kita tidak terima sebarang permohonan daripada operator berkenaan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here