Polis tahan lelaki disyaki cabul kanak-kanak 2 tahun

0
10
WAN KAMARUL AZRAN.

CYBERJAYA – Pihak polis menahan seorang lelaki hari ini kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dijaga isterinya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya.

“Pada 20 Dis, Polis Sepang menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Putrajaya mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami kesakitan pada bahagian kemaluan.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa mengadu kesakitan setelah diambil dari rumah pengasuhnya di sebuah kondominium di Cybersouth, Dengkil,” kata Wan Azran dalam satu kenyataan, hari ini.

Keterangan daripada ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya mengadu kesakitan setelah suspek memasukkan jari ke kemaluannya.

“Berikutan itu, suspek yang merupakan suami kepada penjaga berkenaan ditahan pada kira-kira pukul 5 petang tadi,” kata Wan Azran lagi.

Kes disiasat mengikut Sekyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here