Tanah runtuh: Polis beri amaran jangan sebar kandungan sensitif

0
7
Suffian Abdullah

KUALA KUBU BHARU – Polis Diraja Malaysia memberi amaran kepada orang ramai dan pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh Jalan Batang Kali- Gohtong Genting supaya tidak menyebarkan kandungan sensitif yang boleh mengaib dan mendukacitakan mangsa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, penyebaran sebarang bentuk maklumat khususnya gambar dan video perlu mengambil kira perasaan terutamanya ahli keluarga mangsa yang terlibat.

“Perkara-perkara yang kita rekod, ambil gambar, pastikan supaya kita dapat menjaga keaiban dan sensitivi mangsa, jangan kita tularkan gambar yang boleh mendukacitakan ahli keluarga mangsa terlibat.

“Saya harap tindakan-tindakan seperti ini perlu dihentikan dengan segera sebab akhirnya ia akan mengundang perlanggaran undang-undang sama ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media harian di lokasi kejadian hari ini.

Suffian berkata, pperasi SAR yang masuk hari keempat bermula pada pukul 8 pagi tadi dengan kekuatan 98 anggota dari 5 agensi, dibantu oleh 8 mesin jengkaut dan 2 anjing pengesan (K9) dari PDRM.

Mengulas mengenai perkembangan operasi, beliau memaklumkan sudah mengenal pasti 5 daripada 7 kenderaan yang berada di kawasan runtuhan.

“Kita temui 7 buah kenderaan, 5 daripadanya telah dikenal pasti, 2 adalah milik mangsa yang terselamat manakala 2 lagi milik mangsa yang meninggal dunia dan satu lagi dipercayai milik mangsa yang masih belum ditemui,” katanya selaku Komander Operasi SAR.

Sementera itu, beliau juga memaklumkan kesemua 24 mangsa maut yang berada di Hospital Sungai Buloh telah diserahkan kepada waris.

Setakat pagi ini, 24 mangsa telah ditemui manakala 9 lagi mangsa dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan tanah pada awal pagi Jumaat lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here