Tiga pekerja kontrak maut dipercayai akibat terhidu gas beracun

0
26

CYBERJAYA – Tiga pekerja kontrak warga Indonesia maut dipercayai akibat terhidu gas beracun dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa pekerja kontrak pemasangan kabel sebuah syarikat komunikasi itu pengsan dalam lubang pembetung dengan kedalaman 5m ketika melakukan kerja tersebut.

Kesemua mangsa kemudiannya berjaya dibawa keluar dari lubang pembetung tersebut dengan bantuan pihak bomba sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian kesihatan (KKM).

Beliau berkata, semua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here