Tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm: 22 mangsa masih hilang, 3 kanak-kanak antara terkorban – Amirudin

0
157
GAMBAR IHSAN JBPM SELANGOR
Anggota Bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat

CYBERJAYA – Kerajaan Negeri Selangor melalui
penyelarasan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan agensi-agensi berkaitan agar mangsa yang belum dikesan dapat dicari dengan segera.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, secara keseluruhan pihaknya mendapati sebanyak 94 mangsa berada di lokasi kejadian.

Beliau berkata, setakat jam 12 tengah hari ini, 60 orang yang melibatkan 46 pengunjung serta 14 pekerja telah berjaya diselamatkan.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga 12 mangsa yang telah meninggal dunia akibat tragedi ini yang melibatkan 3 kanak-kanak, 7 wanita, dan 2 lelaki.

“22 mangsa belum dikesan dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat diteruskan yang melibatkan 446 anggota yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor serta dibantu dari segi peralatan dan anggota daripada semua agensi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal pagi tadi, negara dikejutkan dengan insiden tanah runtuh yang terjadi di Father’s Organic Farm, sebuah tapak perkemahan yang bertempat di Kampung Kuantan, Batang Kali, Daerah Hulu Selangor.

Difahamkan antara mangsa terlibat ialah lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka.

Sementara itu, Aminudin berkata, beliau juga akan turun ke lokasi kejadian malam ini bersama Perdana Menteri.

“Saya mohon doa daripada seluruh rakyat agar pasukan mencari dan menyelamat dilindungi Allah SWT supaya setiap mangsa yang belum dikesan dapat diselamatkan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here