UMNO pecat tiga anggota kerana berkempen untuk parti lain ketika PRU15

0
58

KUALA LUMPUR – Tiga pemimpin UMNO dipecat keahlian mereka kerana berkempen untuk parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn, di sini malam tadi.

Pemecatan tersebut dimaklumkan oleh Ahli MKT, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi (gambar) kepada media, namun beliau tidak menamakan individu yang dipecat itu sambil berkata, ia melibatkan seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.

“Ada beberapa keputusan telah dibuat dan saya rasa akan ada sidang media untuk memaklumkan siapa dipecat.

“Mereka dipecat daripada ahli UMNO. Mereka bukan ahli MKT, ada yang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian,” katanya.

“Presiden parti amat tegas mengenai isu disiplin dan beliau tidak berkompromi dengan mana-mana yang suka memburukkan parti termasuk membocorkan rahsia mesyuarat MKT,” katanya lagi.

Beliau turut memberitahu, mesyuarat itu turut membangkitkan isu dana RM600 bilion melibatkan kerajaan terdahulu.

“Kita serahkan kepada Perdana Menteri untuk menyiasat supaya tidak ada yang mengatakan mereka bersih tetapi sebenarnya banyak perkara-perkara yang rakyat tidak tahu telah berlaku.

“Saya harap siasatan ini dijalankan secara terperinci dan menyeluruh,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here